Monday, 19 August 2013

RESEPI KELUARGA



CEK MEK MOLEK

haa..haa..ni lagi kuih tradisi...buat dari ubi...senang je...org luar x tau lak biasa makan ke x
klu pantai timur memang glemer kuih..ni.. nak2 klu musin hujan perh  terbaik....


dalam dia kalau dah masak macam nilah..meleleh...hii..hiii
jom cube


Bahan-Bahan  


  • 3 cawan keledek lecek
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih
  • Minyak masak
Cara-cara:
  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus.Lina pg kukus ubi keledek.Lagi sedap..
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
  3. Bulat2 adunan (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA

RESIPI PUDING KARAMEL



Bahan-bahan 

  • 8 biji telur telur ayam 
  • 1 Cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • 1 s/t esen vanilla

Cara-cara

  1. Pukul gula dgn telur dan susu sampai kembang. Masukkan esen vanila ketepikan (Utk percepatkan process biasanya saya blend semua bahan.. cukup kembangnya dan cepat sgt.)
  2. Dsc_0024__small_
    Gunakan api yang minmal panaskan 1 cawan gula hingga perang, masukkan 1 cawan air
  3. Tuangkan adunan telur ke dalam loyang gula hangus tadi dan kukuslah sehingga masak. Cucuk lidi untuk tau dah masak atau belum.
  4. Bila dah masak terbalikkan. Boleh dihidang segera atau sejukkan.. best..desert yang paling sempoi.
  5. Kukus lebih kurang 25-30 mnt.
  6. *** Puding gula hangus  ni  anak2 suke mkn..apetah lagi ayahnye..hi.hii.. lagi pun senang je buat...tak rugi




Nilah laksam namenye..kuahnye same je gan laksa terengganu...
sedap-sedap..

RESEPI UNTUK MEMBUAT LAKSAM (3-4 orang makan)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara-cara masak:
1. Campur semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. (nak senang blend je)
2. Lenserkan minyak pada tudung periuk.
3. Tuangkan tepung tadi ke atas tudung periuk dan kukus dalam masa 3-4 minit.
4. Bila dah masak, angkat tudung periuk tadi dan gulung laksam yang telah masak.

RESEPI UNTUK KUAH

1/2 kg ikan selayang /sardin / kembong (direbus dan diambil isi)
1/2 kg santan pekat
1 inci halia
6 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
garam, gula dan perasa

Cara-cara masak:
1. Kisar halia, bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan santan, isi ikan, air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
3. Masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kacau sehingga masak.

Ulam-ulaman (dipotong halus-halus/diracik)

Timun
Kobis
Kacang panjang
Bunga kantan
Daun kesom

~ Sedap dimakan dengan belacan dan cili boh (bahan ni aku beli kat Trg)
~ Kalau makan pakai tangan lagi sedap!! hehehe
~ First time try buat laksam ni.. Alhamdulillah jadi gak akhirnya..





Ni  1 lagi name kuih pelik..lompat-lompat pastu tikam..haa..haa..nilah name kuih lompat tikam
negeri panatai timur memang terkenal gan name kuih pelik-pelik tapi sedap tau..mai
kite terai buat ye

RESEPI KUIH LOMPAT TIKAM

Lapisan Bawah:

500ml air daun pandan

120gm tepung beras

20gm gula

1 camt air kapur

garam secukup rasa


Lapisan Atas:

300ml air

80gm tepung beras

30gm gula

1/2 camt air kapur

garam secukup rasa


Air Gula:

200g gula melaka (nisan)

80g gula

200 air

2 helai daun pandan


Cara membuat:

1. Lapisan bawah: Satukan semua bahan dalam kuali, kacau di atas api yang perlahan sehingga keras dan pekat. Adunan tadi akan berwarna hijau.

2. Tuang adunan dalan loyang yang disapukan minyak dan tunggu sehingga ia sejuk.

3. Lapisan Atas : sama seperti lapisan bawah tadi.Apabila masa, tuangkan lapisan atas ke atas lapisan bawah yang berwarna hijau tadi dan sejukkan.

4. Air Gula : Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak air gula sehingga hancur dan pekat.

5. Potong kuih dan hidangkan dengan air gula melaka.







Kalau ko org dengar misti pelikkan..Kuih Tok Aji serban..klu org pantai timur kuihni jadi kegemaran ramai..
dulu2 kalau aku dapat kuih ni aku suke makan yg atas je..pulut aku tinggal..hii..hiii sebenarnye aku x suke mkn pulut..


Tok Aji serban

Bahan-bahan

Lapisan Bawah 
2 cawan pulut 
*Masak pulut seperti biasa, masak bersama sedikit santan cair dan sedikit garam untuk menambahkan lemak.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah 
3 biji telur 1 s/t garam 

Cara-cara membuat

Lapisan Bawah (pulut)
Kukuskan pulut sehingga masak.
Setelah masak, keluarkan dari pengukus, mampatkan pulut tadi cantik-cantik.
Ketika masih panas, tuangkan adunan atas dan masak semula.Lapisan serbannya
Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau sehingga sebati.
Tapis terlebih dahulu, kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
Kukuskan lebih kurang 30 minit.

Setelah sejuk, boleh lah dipotong kecil.






Ni satu lagi makanan kegemaran ku..memang susah nak dapat..klu balik terengganu mesti aku cari bendi ni..
kalau nak tau ni lah rojak betik..masa aku kanak2 dulu sangup gi cari betik tempat buang sampah..haa..haa
jagan silap faham lak..tempat buang sampah kat kampung aku dulu banyak pokok betik tumbuh...kat situ
aku dapat cari betik free..hee...hee.
nilah resepinye

Bahan-bahan:


1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan untuk Kuah


9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara Membuat

Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi.
Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.

Utk membuat kuah:
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Utk. menghidang:
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan..







YANG Ni Negeri Kelantan Punye



AND YANG NI LAk Terengganu

ahaaa....ni ade lagi resepi kesekaan ku..iaitu resepi ketupat sotong..lau ade yg tertanye2 ape ketupat sotong nih ek...haaa...ni la mkanan faveret org pantai timur....kalau negeri kelantan warna dia coklat sikit sebab pakai gule kabong @ nisan ..Terengganu lak warna putih sebab bakai gule pasir..
jom share resepi....


Ketupat Sotong


Bahan-bahan:

1 kg sotong
250gm beras pulut
2 ketul gula kabung (gula melaka) ataupon boleh guna gula pasir..ikut pada kesukaan manis..
500ml santan (sederhana pekat)
½ sudu teh garam



Daun pandan secukupnya
halba
bawang merah
halia
Cara memasak:

1. Bersihkan sotong



2. bawang merah dan halia dimayang halus

3. Masukkan beras pulut yang telah direndam dengan santan pekat, ke dalam badan sotong (1/3 bahagian sotong)



4. Masukkan sotong tersebut ke dalam periuk yg telah diletak santan, garam, halba dan gula melaka.berserta bawang dan halia yang dimayang tadi.

5. Kemudian masukkan daun pandan. Kacau rata dan masak sehingga pekat. Sedia dihidangkan.


Makan jangan lupe bace bismillah ye....









rojak ayam..kat panatai timur org panggil dia rojak keling..tak tau laa pulo..nape org panggil rojak keling

Rojak Ayam / Keling


Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]

Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.

KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras

Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.


No comments:

Post a Comment

TEKUN MART

Wah dah ada TEKUN MART RUPANYA, TEKUN MART DIMILIKI sepenuhnya oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD Nak tahu tak kamana?? Kalau mereka yg sel...