Tuesday 6 June 2017

CARA CARA BUAT TAUQEH SENDIRI


Ramaikan kawan2 nak tau buat tauqeh sendiri..meh sini cik villa nak tunjuk cara paling senang dan tersangatlah mudah. Ni kalau tengok2 kat anak2 pasti mereka pun sibuk nak buat.

Rasa teruja dan seronok tau bila kita berjaya buat walaupun sekadar tauqeh...
Haa..haa ada cik villa kisah klu kene kecam

Note: syira ereena tu anak cik villa ye awk2 semua jangan dok pikir cik villa copy paste lak

nak buat tauqeh wajib ada kacang hijau tau..haa..haaa.klu guna kacang lain tak le nanti jadi apa

bahan2
kacang hijau
kotok minuman @botol mineral

#tauqeh
#tauqehcikvilla
#terjaminbersih
#ygpentinghalal
#krupkrapgitu
#tauqehbuatsendiri




Sukatan cik villa bagi ni untuk botol meneral besar dan sukatan untuk kotak minum tu ye.
Cik Villa guna sukatan senduk Nasi.
1 senduk + 2 sudu besar kacang hijau

kalau nak guna botol meneral kecik tu cukup le 3 sudu je ye..
 banyak2 nantika tak leh bernafas tauqeh hanpa nanti
kesian dia


Cik Villa Rendam sampai kembang dulu kacang hijau ni.
kalau hangpa tak nak rendam pun tak pe.tapi hangpa kene rajin lah ye siram 5 6 kali sehari untuk hari pertama tu..Cik Villa ni jenis malas dan 1 lagi takut lupo...Cik Villa cari jalan mudah je dan jimat masa



Dah kembang tu hangpa masukle dalam botol atau kotak minuman tu.
 (pic tu usia tauqeh dah 1 hari ye)

Lupa lak Cik Villa nak bagi tau hangpa jangan lupa cucuk2 dengan pisau tapak minuman tu , untuk bagi laluan air keluar bila kita siram nanti.

kalau kotak gunting  4 bucu tapak bawah tu , jangan besar pulak guntingnya, nanti tak pasal2 kacang hijau keluar kot lubang tu.

Tauqeh ni dalam proses dia takut cahaya, haa..haa  sebab tu tauqeh tu putih jadi hangpa kene simpan kat tempat gelap, Cik Villa simpan dalam kabinet dapur je, tak yah pening2 nak cari tempat gelapkan
semua nya di hujung cari.

Kalau guna kotak tak payah le simpan tempat gelap. memang dia dah duduk dlm gelap, Cik Villa Letak tepi singki je...tapi kene hati2lah ye,, silap hari bulan kene buang oleh en suami ingatkan sampah. kalau terjadi macam tu nasib hangpa lah ye . kene pesan awal2 kat en suami tu.


Cara siram dia mudah je, 
bukak penutup botol atau kotak tu letak je bawah paip air,
hahh kan hangpa nampak air keluar ikut lubang yg hangpa cucuk2 tadi.

kene ingat ye. nak simpan tauqeh tu tos betul2 jangan ada air bertakung lak dlm botol atau kotak tu, setakat yg air melekat kat tauqeh tu tak pe.  kalau tak nanti busuk tauqeh tu.
takut nanti kacang tak sempat bertukar rupa..sia2 je hangpa buat.




Nak tau tauqeh tu dah matang ke belum agak2 hangpalah, kalau dah nampak cantik tu boleh le tuai ye
biasa tempoh 4 ke 6 hari

jangan lobih hari lak , nanti  lemau tauqeh tu.

tapi hangpa jangan pulak terkejut bila keluarkan tauqeh tu nanti nampak akar tauqeh  tak terurus.
hii...hii jadi hangpa lah kene uruskan nak bagi dia nampak cantik.
cabut le akar tauqeh tu ye, kalau malas masak je terus macam tu, tak ada masalah pun makan,
lagi pun memang sah2 bersih kita yg buat



Cik Villa guna kotak susu ni,, start hari ni jangan buang kotak2 susu ni,
berguna tau, boleh buat tauqeh,

satu lagi Cik Villa lupa nak bagi tau,, jangan lupa basuh dulu kotak susu tu, kalau tak nanti
tauqeh tak jadi


tarrraa ni lah kejadiannya.. tauqeh ni Cik Villa dah uruskan
ekornya dah dicabut.
yang ni hasil tauqeh dalam KOTAK


Dan yang ni pulak hasil dari BOTOL MINERAL

Cik Villa nak dapat hasil ni bukan sekali terus jadi cantik tau, dah berkali kali cuba baru dapat hasil yang cantik sama macam kita beli kat kedai

nanti bila hangpa dah pandai buat, tak terpikir dah nak beli tauqeh kat luar tu, nak2 bila pikir berapa ramai le tangan yg celup2 air tauqeh tu,,tak lalu wehh nak makan,

Berbaloi2 tau buat sendiri ni, krup krap krupp krapp lg tauqeh ni
semestinya bersih dan terjamin halalnya

semoga perkongsian serba sedikat dr Cik Villa ni dapat hangpa merasa hasil tangan sendiri

Apa2 pun Cik villa minta maaf No kalau hangpa tak sukaa

SELEMAT MENCUBA DENGAN JAYANYA
KALAU GAGAL JANGAN PUTUS ASA CUBA LAGI
PASTI HASIL MEMUASKAN

GOOD LUCKY


#tauqeh
#tauqehcikvilla
#terjaminbersih
#ygpentinghalal
#krupkrapgitu
#tauqehbuatsendiri
#puashati


No comments:

Post a Comment

RESEPI TOMYAM PUTIH

Jakun jap..mula2 akak hanya kenal tomyam putih je, datang kl baru jumpa tomyam warna2😁😁😁 jangan gelak , tak baik tau ...