Sunday, 13 August 2017

RESEPI SATAY IKAN

Dulu masa kecik. Keluar je pintu sekolah, wajib beli saty ikan ni. 1 cucuk 10 sen. Skrg nak dpat susah. Tak semua pasar malam ada jual..

Malam ni kita bakar sendiri buat santapan
50 cucuk sekali hadap utuk 4 org. Macam pirana 🐠🐠🐠🐠🐠licinnn
😂😂😂😂😂

Resepi
Bahan-bahan:

***Macam nak buat keropok.lekor je..
     Yg beza tak banyak guna sagu

1 kg ambil  isi .* jangan rebus isi mentah  – dikisar lumat

100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji ( saya tepung sagu 2 sudu * sagu biji sy tumbuk je)

1 biji bawang besar - dikisar
1 sudu besar garam
sudu teh serbuk perasa – ikut suka
1 sudu besar baking power

Cara memasak:

1. isi ikan kisar sekali dgn bersama bawang besar hingga lumat. ( jgn guna air nanti lembek)

2. Gaulkan sekali dgn tepung kanji, tepung sagu , garam dan baking powder.

3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.

5. Cucukkan pada lidi dan bakar.

#lebih boleh simpan dalam peti. Nak makan baru bakar.

Saya bakar atas dapur gas je. Guna api slow. * jangan kene tungku dpr.hii..hii bukan apa. Takit satay tu kotor.pegang je pusing2..bakar pun x lama

p/s: kalau rasa adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.

SOS MANIS
(Basik. Nak pedas kita tambah cili kemudian)
😊😊

Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
6 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je. Bila dah bercampur dgn tepung uni tu color jadi nampak warna pink. Kacau..

4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

• klu utk sos pedas, nak senang . bahagiakan je  sos manis yang dua bahagian,

satu bahagian mcampurkan dengan sos cili supaya pedas. Bland cili api ikut rasa nak pedas. Cmpur dalam sos manis. Panas sekejap nak baginsebati

* bila nak makan. Sy campurkan sekali sos pedas dan manis.. hii..hiii baru sedap

KNIT COTTON DESIGN BONDS

Knit cotton bonds design Sangat2 rare, kain best and cun. Real bonds, Jimat banyak , beli bonds sehelai pun dah rm 30++ Beli kain 1 m bo...